Sunday, January 9, 2011

tokoh-tokoh amalan islam yang terkenal

* IBNU SINA -PAKAR PERUBATAN
* ALKHAWARIZMI - AHLI FIZIK
* ALRAZALI - PAKAR PEMBEDAHAN
* IBNU BATUTOH - AHLI PELAYARAN

CIRI-CIRI ORANG YANG BERSABAR..

@ SABAR MENGHADAPI SEGALA CABARAN
@ TIDAK MUDAH KECEWA APABILA GAGAL DIDALAM SESUATU USAHA
@ SENTIASA REDHA SEGALA KESUSAHAN DAN KESULITAN YANG DIHADAPI.
@ SABAR KETIKA MARAH.

CONTOH :DOA SEORANG YANG BERSABAR..

YA ALLAH,TABAHKAN LAH HATI INI DENGAN SIFAT KESABARAN SETELAH KEMATIAN IBUKU YANG TERSAYANG....

KELEBIHAN DAN KEBURUKAN TIDAK BERSIFAT JUJUR

KELEBIHAN JUJUR:
# MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH
# DIRAHMATI DAN DISEGANI
# ASAS KEJAYAAN.

KEBURUKAN TIDAK BERSIFAT JUJUR:
$ TIDAK DISUKAI OLEH ALLAH DAN RASUL
$ TIDAK DIPERCAYAI OLEH ORANG LAIN
$ HIDUP TIDAK BERKAT

TAHUKAH ANDA!!!!

Antara amalan2x sunat didalam masjid:

* Berzikir
  1. Subhanallah
  2. Alhamdulillah
  3. Allahuakhbar
  4. Lailahaillallah 
 * Membaca al-quran
 * Membaca hadis
* Mendengar majlis ilmu

Monday, January 3, 2011

7)JUJUR

MAKSUD JUJUR:

Kejujuran atau jujur bermaksud benar, sesuatu perkara, pernyataan, kata-kata atau perbuatan yang benar, kebenaran, tiada penipuan atau dalam erti kata lain yang lebih mudah adalah tidak menipu, tiada penipuan berlaku samada di dalam perbuatan, tingkah laku , pernyataan atau tutur kata...




Asma ul- Husna


عن ابي هريرة رضي الله عنه, قال رسول الله : ان لله تسعة وتسعين اسما مئة الا واحدا, من أحصاها دخل الجنة

Doa Untuk Ibubapa


adik-adik,


selepas kita menunaikan solat,  kita hendaklah mendoakan untuk kedua ibubapa kerana mereka telah susah payah membesarkan dan mendidik kita....
carilah ilmu seperti maner rama2 yang terbang mencari madu...

Jom kita pergi ke masjid !!!!

Sunday, January 2, 2011

Adab-adab seorang ulama' atau guru


- Bersabar dengan kesulitan.


- Duduk dengan rasa hormat serta berkelakuan tenang ketika bersama manusia.


- Meninggalkan takbur di atas sekalian hambaNya kecuali terhadap orang yang zalim.


- Mencegah daripada kezaliman.


- Memilih tawaduk pada perhimpunan dan pada majlis orang ramai.


- Meninggalkan gurau-senda dan bermain-main.


- Melayan dengan baik pelajar yang kurang pandai.


- Membimbing pelajar yang angkuh.


- Memperbaiki pelajar yang bodoh dengan tunjuk ajar yang baik.


- Tidak marah kepada pelajar yang bodoh.


- Tidak malu daripada berkata ‘aku tidak tahu’.


- Memberikan perhatian kepada pertanyaan.


- Memahami soalannya.


- Menerima hujjah.


- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika bersalah.


- Melarang pelajar daripada setiap ilmu merbahaya.


- Melarang pelajar daripada menghendaki dengan ilmu selain dari Allah Taala.


- Melarang pelajar daripada sibuk menuntut ilmu fardhu kifayah sebelum selesai menuntut ilmu fardhu ain. Ilmu fardhu ain ialah berkenaan dengan membaikkan zahir dan batin dengan takwa.


- Memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu dengan takwa, supaya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya.

ciri-ciri ringkas ulama'

1- Sentiasa melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

2- Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat mendalam berkenaan agama Islam di dalam segenap sudut.

3- Beramal dengan segala ilmu yang dimilikinya.

 4-Berakhlak mulia.

 5-Tidak gentar untuk menegur dan berkata benar kepada sesiapa sahaja.

6- Mempunyai sifat-sifat terpuji seperti: Zuhud, warak, sabar, jujur, ikhlas dan sebagainya lagi.

7- Meninggalkan perkara-perkara mazmumah seperti: Riyak, takabur, sombong, angkuh dan sebagainya lagi.
8- Sentiasa menyampaikan ilmu pengetahuan dan menyeru manusia kepada Islam

pengertian ulama'

         Perkataan ulama merupakan kata jamak dari kata dasar alim bermaksud seseorang mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat mendalam. Ini berbeza dengan perkataan alim yang beerti orang yang mengetahui akan tetapi belum tentu orang itu mendalami. Perkataan ulama ini telah disebutkan pada beberapa tempat di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. samaada secara langsung ataupun tidak yang menunjukkan bahawa ulama adalah individu-individu terpilih yang menguasai ilmu Allah Taala dengan mendalam dan memiliki akhlak terpuji. Oleh itu, ulama yang saya maksudkan di sini ialah seseorang pakar yang mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan dengan agama Islam secara mendalam dengan syarat-syarat tertentu sebagai ulama.

          Para ulama ialah mereka yang mampu menyingkap dan memahami dalil-dalil daripada al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan sempurna. Mereka sentiasa istiqamah dan melazimi ilmu-ilmu yang mereka perolehi itu dengan ikhlas yang diajarkan kepada mereka bersumberkan dari Rasulullah S.A.W. Agama Islam telah mengiktiraf ulama sebagai pewaris para nabi sepertimana yang terdapat di dalam sebuah hadis:

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.

(Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).


Azam tahun baru..harus lakukan nya….
1.      Mulakan dengan niat kerana Allah
2.       Anggap Kerja Keras Ke Arah Pencapaian Azam Sebagai Ibadah.
3.      Lebihkan Hablum Minannas, Jangan Kurangkan Hamblum Minallah.
4.      Tetapkan matlamat
5.      Kenal pasti kekuatan dan kelemahan diri 
6.      Tanamkan sikap-sikap positif dalam diri
7.      Elak Dikuasai Ego, Elak Merasa Diri Lebih Bagus.
8.      Berserah dan bertawakal


DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH S.W.T


MAKSUD DOSA
·         Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhannya

       FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MANUSIA MELAKUKAN DOSA
·         terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
·         ingin hidup bebas tanpa batasan agama
·         sikap angkuh dan sombong kerana harta dan pangkat