Friday, December 31, 2010

menepati janji

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t dengan melaksanakan segala yang terkandung dalamhukum islam dan iman serta meninggalkan segala larangannya.Marilah kita bermuhasabah dengan menghitung segalaamalan yang telah kita kerjakan sebelum tibanya hari perhitungan dihadapan allah s.w.t. Mudah-mudahan ia akan memberi keinsafan diatas segala kesilapan yang telah kita lakukan.
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Perjanjian sesama insan adalah ibarat hutang yang perlu ditunaikan dan tidak boleh dipandang ringan,kerana perbuatan memungkiri janji amat dimurkai oleh allah s.w.t.Orang yang berakhlak mulia ialah yang bersifat amanah dan sentiasa menepati janji-janjinya.Manakala pecah amanah dan tidak menepati janji pula adalah tanda merosotnya iman dan menyebabkan jauh diri daripada takwa.Firman Allah s.w.t seperti yang tersebut dalam surah al-baqarah sebahagian daripada ayat 177:
“Dan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji”.
Ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang menepati janji dan menyempurnakannya adalah bukti orang yang beriman dan bertakwa.
Kaum muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Secara umumnya,janji adalah wajib ditepati dan ia merupakan tuntutan syarak.Dihari akhirat kelak,setiap manusia akan ditanya tentang janji yang telah mereka lakukan semasa hidup didunia ini. Firman Allah dalam surah al-isra’ ayat 34:
“Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim,melainkan dengan cara yang terbaik (untuk mengurus dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa,serta layak mengurus hartanya dengan sendiri).Sempurnakanlah perjanjian (dengan allah dan dengan manusia) sesungguhnya perjanjian itu akan dipertanggungjawabkan”.
Perbuatan memungkiri janji adalah suatu perkara yang tidak disukai oleh semua orang.Malah orang yang mungkir janji juga pasti tidak suka jika orang lain mungkir janji kepadanya.
Kaum muslimin yang berbahagia,
Sesungguhnya islam amat mengambil berat dalam soal janji,samada janji antara seorang muslim dengan yang lainnya atau janji seorang hamba dengan allah s.w.t.Betapa beratnya perbuatan tidak menepati janji sehingga telah digambarkan oleh rasulullah s.a.w sebagai menyamai salah satu sifat orang-orang munafik.
Sabda rasulullah s.a.w:
“Tiga perkara apabila seseorang itu memilikinya,maka dia dianggap munafik sekali pun dia berpuasa dan sembahyang dan menganggap dirinya muslim,iaitu apabila berkata-kata dia berdusta,apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diamanahkan dia mengkhianati”.
Berdasarkan hadis tersebut,dapatlah difahami bahawa sekiranya kita sebagai umat islam memungkiri janji,maka sudah tentulah kita juga tergolong dalam kalangan orang yang memiliki sifat-sifat orang munafik.Perlu diingat dan diketahui bahawa sifat munafik itu adalah sifat yang sangat keji dan balasannya pula amat berat sebagaimana firman allah s.w.t:
“Sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah daripada (lapisan-lapisan didalam)neraka, dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka (yang dapat membebaskan mereka dari neraka)”.
(An-Nisa’ ayat 145)
Memandangkan janji itu suatu amanah dan mungkir janji itu pula perbuatan orang munafik dan berdosa besar,maka islam sebagai agama yang sempurna telah menentukan adab-adab yang perlu diikuti apabila membuat janji.Diantara adab tersebut ialah mengucapkan lafaz “Insya-Allah” apabila berjanji.Suruhan ini telah dijelaskan oleh allah s.w.t dengan firmannya didalam surah al-kahfi ayat 23-24:
“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan),bahawa aku akan lakukan yang demikian itu kemudia nanti”.Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata):”Insya-Allah”.Dan ingatlah serta sebutkan akan tuhanmu jika engkau lupa,dan katakanlah :”Mudah-mudahan tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang daripada ini”.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Pada masa kini, perkataan “insya-Allah” telah disalah gunakan oleh segelintir masyarakat.Lafaz insya-Allah digunakan sebagai alasan untuk sengaja tidak memenuhi janji.Kita perlu menyedari bahawa penggunaan lafaz insya-Allah itu adalah suruhan allah dan rasulnya ketika berjanji.Oleh itu,setiap kali kita melafazkan insya-Allah, hendaklah disertai dengan azam untuk menunaikannya,agar kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang munafik.
Setiap janji mestilah ditepati,samada janji manusia sesama manusia atau janji manusia dengan Allah.Jadikanlah ungkapan insya-allah itu sebagai azam untuk menepati janji dan menyempurnakannya.
Jadikanlah diri kita orang yang bertakwa dan berpegang pada janji ,bukannya orang yang memungkiri dan mengkhianati janji.Mudah-mudahan kita menjadi insan yang sentiasa beroleh rahmat dan hidayah allah s.w.t,bahagia hidup didunia dan diakhirat.
“(Ingatlah ) ketika allah mengambil perjanjian setia daripada orang yang telah diberikan kitab (iaitu):”Sesungguhnya!,hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya”. Kemudian mereka melemparkan janji itu kebelakang mereka,serta mereka menukarnya dengan harga yang sedikit.Maka amatlah buruk apa yang mereka dapat daripada penukaran itu”.
Ya-Allah,engkaulah tuhan yang maha berkuasa,kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor,sebagai negeri yang maju dan sejahtera.Justeru kami pohon kehadratmu ya-Allah,tetapkanlah iman kami,tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami,murahkanlah rezeki kami,kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat,suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia,kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engaku redhai,lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar,kemarau panjang,wabak penyaklit,persengketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian,negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
Sumber : JAIS 4 April 2008.

ADAB KELUAR MASJID

1.       Baca doa
إذا دخل أحدكم المسجد، فليقل: اللهم افتح لي أبواب رحمتك، وإذا خرج، فليقل: اللهم إني أسألك من فضلك
Maksudnya : Apabila salah seorang kamu masuk ke masjid maka katakanlah : Ya Allah, bukakanlah baguku pintu-pintu rahmatMu dan apabila ia keluar maka katakanlah : Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu kurniaanMu” 
2.       Memberikan salam orang yang masih berada di masjid 
3.       Mendahulukan kaki kiri ketika keluar dari masjid 

ADAB WANITA DI MASJID

1.       Tidak boleh berwangi-wangian ketika menuju ke masjid
عن  زينب الثقفية  أن النبي  صلى الله عليه وسلم  قال  أيتكن خرجت إلى المسجد فلا تقربن طيبا
Maksudnya : dari Zainab  at Thaqfiyyah , sesungguhnya nabi saw bersabda :“ Mana-mana di kalangan kamu ( wanita ) yang keluar menuju ke masjid maka janganlah ia mendekati wangian ” – riwayat an Nasai’
2.       Wanita yang didatangi haid atau nifas tidak dibenarkan masuk ke masjid.

adab didalam masjid


1.       Berniat iktikaf di dalam masjid iaitu berhenti seketika atau lama dengan maksud beribadah kerana Allah. 
2.       Menunaikan solat dalam keadaan tenang dan tidak gopoh. Sabda Rasulullah saw ( riwayat Bukhari ), daripada Abi Qatadah r.a :
فعن أبي قتادة قال: بينما نحن نصلي مع النبي -صلى الله عليه وسلم- إذ سمع جلبة الرجال، فلما صلى قال: (ما شأنكم؟) قالوا: استعجلنا الصلاة، قال: (فلا تفعلوا؛ إذا أتيتم الصلاة فعليكم بالسكينة؛ فما أدركتم فصلوا، وما فاتكم فأتموا)
Daripada Abi Qatadah berkata : ketika kami sedang bersolat bersama nabi saw, tiba-tiba baginda saw mendengar hingar bingar para jemaah lelaki. Setelah selesai solat baginda saw berkata : Apa yang terjadi kepada kamu semua? Mereka berkata : kami ingin segera bersolat. Jawab baginda saw : Jangan kamu lakukan. Apabila kamu dating untuk bersolat maka kamu mestilah bertenang. Mana-mana rakaat yang kamu perolehi maka tunaikan , apa yang terluput maka sempurnakan 
3.       Tunaikan  solat sunat tahiyyatul masjid. Dari Abu Qatadah bin Rube’ an Ansori r.a berkata :
فعن أبي قتادة بن ربعي الأنصاري -رضي الله عنه- قال: قال النبي -صلى الله عليه وسلم-: (إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلي ركعتين) رواه البخاري
Sabda rasulullah saw : “Apabila salah seorang antara kamu memasuki masjid maka janganlah duduk sehingga ia menunaikan solat dua rakaat” – riwayat Bukhari
4.       Sebaik-baiknya bersolat pada tempat yang berdinding ( sutrah )
فعن أبي سعيد الخدري –رضي الله عنه- قال: سمعت النبي –صلى الله عليه وسلم- يقول: (إذا صلى أحدكم إلى شيء يستره من الناس فأراد أحد أن يجتاز بين يديه فليدفعه فإن أبى فليقاتله فإنما هو شيطان) رواه البخاري ومسلم،
Daripada Abi Said al Khudri berkata: Aku mendengar nabi saw bersabda : Apabila salah seorang kamu menunaikan solat ke arah sesuatu yang menutupinya daripada manusia, maka jika ada seseorang mahu melintasi hadapannya, hendaklah ia halang. Jika sekiranya ia tetap melaluinya maka hendaklah diperangi kerana sesunggnya ia adalah syaitan – riwayat Bukahri dan Muslim 
5.       Elakkan daripada keluar dari masjid selepas azan berkumandang melainkan atas sebab-sebab yang syarie.
فعن أبي الشعثاء قال: كنا قعودا في المسجد مع أبي هريرة، فأذن المؤذن، فقام رجل من المسجد يمشي، فأتبعه أبو هريرة بصره حتى خرج من المسجد، فقال أبو هريرة: "أما هذا فقد عصى أبا القاسم -صلى الله عليه وسلم-" رواه مسلم
Daripada Abi Sya’sa’ berkata : Kami duduk di dalam masjid bersama Abu Hurairah lalu muazzin melaungkan azan. Maka berdiri seorang lelaki dan berjalan . Abu hurairah memandangnya sehinggalah ia keluar. Abu Hurairah berkata : Orang ini telah mengingkari Abu qasim (gelaran Rasulullah saw ) – riwayat Muslim
6.       Elakkan dari  melangkah  tengkuk para jemaah yang lain ( riwayat Ibn Majah kitab sahih targhib wat tarhib )
لما جاء في ا لحديث أنَّ رجلا جاء يوم الجمعة يتخطى رقاب الناس، والنبي -صلى الله عليه وسلم- يخطب، فقال له: (اجلس فقد آذيت)
Di dalam sebuah hadis menyebutkan ketika baginda saw menyampaikan khutbah , diperhatikan seorang lelaki melangkah tengkuk para jemaah lalu baginda bersabda : Duduk dan jangan kamu menyakiti orang lain riwayat Ibn Majah
7.       Elakkan daripada memakan benda – benda yang berbau .
فعن جَابِرِ بْنِ عَبْدِ الله -رَضىَ الله عَنْهُمَا- عَنْ النَّبي -صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلمَ- قالَ:  (مَنْ أكَل ثُوماً أوْ بَصَلاً فَلْيَعْتَزِلنا - أوْ ليعْتَزِلْ مَسْجِدَنَا- ليْقْعُدْ في بَيتهِ) رواه البخاري ومسلم
Daripada Jabir bin Abdillah r.a daripada nabi saw berkata : Barangsiapa yang memakan bawang putih atau bawang merah maka hendak ia berpisah dengan kami atau menjauhi masjid kami agar ia duduk di rumahnya – riwayat Bukhari



8.       Elakkan dari memakai pakaian yang mengganggu kekhusukan solat para jemaah . 
9.       Jaga kebersihan
أخرجه مسلم عن أنس بن مالك أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال: (إن هذه المساجد لا تصلح لشيء من هذا البول ولا القذر إنما هي لذكر الله عز وجل والصلاة وقراءة القرآن)
Daripada  Anas bin Malik sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya masjid-masjid ini tidak boleh dicurahkan kencing ini atau kotoran. Adapun masjid adalah tempat mengingati Allah , bersolat dan membaca al Quran – riwayat Muslim 
10.   Menjauhkan diri  daripada amalan yang bertentangan dengan adab-adab di masjid( riwayat at Turmuzi )
فعن أبي هريرة أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال: (إذا رأيتم من يبيع أو يبتاع في المسجد فقولوا لا أربح الله تجارتك، وإذا رأيتم من ينشد فيه ضالة فقولوا لا رد الله عليك)
Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : Apabila kamu melihat orang menjual atau membeli di dalam masjid maka katakanlah : Allah tidak akan memberikan keuntungan kepada perniagaanMu. Dan apabila kamu melihat orang mencari-cari barang yang hilang lalu katakanlah : Allah tidak akan memulangkan kepadaMu – riwayat at Turmuzi
11.   Menjawab azab ketika berkumandang. 
12.   Elakkan dari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah atau bersifat keduniaan. 
13.   Jangan berjual beli ketika berada di dalam ruangan solat.


adab di masjid


ADAB KETIKA PERGI

1.       Memakai pakaian yang menutup aurat
2.       Memakai wangi-wangian bagi kaum lelaki ( al a’raf :31 )

ADAB KETIKA MASUK

1.       Masuk ke masjid dengan memulakan langkah kanan 
2.       Berdoa ketika masuk
أَعُوذُ بِاللهِ الْعَظِيمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَسُلطَانِهِ القَدِيمِ مِن الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ ، اَللّهُمَّ اغْفِر لِي ذُنُوبِي وَافْتَح لِي أَبوَابَ رَحمَتِكَ
 Aku berlindung dengan Allah yang maha besar dan dengan wajahnya yang mulia dan kekuasaanNya yang Qodim daripada gangguan syaitan yang direjam. Ya Allah ! ampinilah bagiku akan dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu
3.       Memberikan salam kepada sesiapa yang berada di masjid 
4.       dan keluar dengan langkah kiri serta berdoa sebagaimana yang di lakukan oleh Ibn Umar r.a. Daripada Aisyah r.a, ( riwayat Muslim ) sabda rasulullah saw :
إذا دخل أحدكم المسجد، فليقل: اللهم افتح لي أبواب رحمتك، وإذا خرج، فليقل: اللهم إني أسألك من فضلك
Maksudnya : “ Apabila salah seorang kamu memasuki masjid maka hendaklah ia berkata : Ya Allah bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu. Dan apabila keluar hendaklah ia berkata : Ya Allah sesungguhnya aku memohon limpahan rahmatMu”

adab menziarahi tetamu

  • Memuliakan tamu hukumnya wajib, sebagaimana sabda Rasulullah :
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ اْلأخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
"Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya".
Adapun masa penjamuannya ialah sebagaimana dijelaskan dalam hadits Nabi :
الضِّيَافَةُ ثَلاَثَةُ أَيَّامٍ وَجَائِزَتُهُ يَوْمٌ وَلَيَْلَةٌ وَلاَيَحِلُّ لِرَجُلٍ مُسْلِمٍ أَنْ يُقيْمَ عِنْدَ أَخِيْهِ حَتَّى يُؤْثِمَهُ قاَلُوْا يَارَسُوْلَ اللهِ وَكَيْفَ يُؤْثِمَهُ؟ قَالَ :يُقِيْمُ عِنْدَهُ وَلاَ شَيْئَ لَهُ يقْرِيْهِ بِهِ
"Menjamu tamu itu tiga hari adapun memuliakannya sehari semalam dan tidak halal bagi seorang muslim tinggal di saudaranya sehingga ia menyakitinya, para sahabat berkata: ya Rasulallah bagaimana menyakitinya? Bersabda Rasulullah : Tinggal bersamanya sedangkan ia tidak mempunyai apa-apa untuk menjamu tamunya".

  • Disunahkan mengucapkan selamat datang kepada para tamu sebagaimana hadits yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas ia berkata:
لَمَّا قَـدِمَ وَفْدُ أَبِي اْلقَيْسِ عَلىَ النَّبِيِّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَرْحَبًا بِاْلوَفْدِ الَّذِيْنَ جَاءُوْا غَيْرَ خَزَابَا وَلاَ نَدَامَى
"Tatkala utusan Abi Qais datang kepada Nabi , Beliau bersabda: Selamat datang kepada para utusan yang datang tanpa merasa terhina dan menyesal".

  • Wajib memenuhi undangan sebagaimana sabda Rasulullah :
وَمَنْ تَرَكَ الدَّعْـوَةَ فَقَدْ عَصَى اللهَ وَرَسُوْلَهُ
"Barang siapa yang tidak memenuhi undangan maka ia telah bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya."
Beliau juga bersabda:
حَقُّ اْلمُسْلِمِ عَلىَ اْلمُسْلِمِ خَمسْ ٌ- وَذَكَرَ مِنْهَا – وَإِجَابَةُ الدَّعْـوَةِ
"Kewajiban seorang muslim kepada muslim yang lainnya ada lima-diantaranya disebutkan-Memenuhi undangan".
Sebagian para ulama menyebutkan untuk menghadiri undangan maka harus memenuhi syarat sebagai berikut:
    • Orang yang mengundang bukan orang yang harus dihindari dan dijauhi.
    • Tidak ada kemungkaran pada tempat undangan tersebut.
    • Orang yang mengundang adalah muslim.
    • Penghasilan orang yang mengundang bukan dari penghasilan yang diharamkan, sementara ulama yang lain mengatakan dosanya bagi orang yang mengundang, berbeda dengan jika sesuatu yang diharamkan itu zatnya, seperti minuman keras.
    • Tidak menggugurkan suatu kewajiban tertentu ketika menghadiri undangan tersebut.
    • Tidak ada madharat bagi orang yang menghadiri undangan.
  • Sebagian ahli fiqh berkata: Wajib bagi tamu memenuhi empat syarat:
Pertama: Duduk di mana dia ditempatkan.
Kedua: Ridho dengan apa-apa yang dihidangkan.
Ketiga: Tidak beranjak meninggalkan tempat duduk melainkan setelah meminta izin dari tuan rumah.
Keempat: Berdo'a bagi tuan rumah bila hendak pamitan pulang.
  • Ibnul Jauzi rahimahullah berkata: "Dan di antara adab orang yang bertamu adalah tidak melirik-lirik makanan dengan matanya, bila diberi pilihan di antara dua makanan, maka hendaklah dia memilih yang lebih kiri (darinya) kecuali ia mengetahui bahwa orang yang menghidangkan itu senang jika dia mengambil makanan yang ada di sebelah kanan".
  • Puasa tidak menghalangi seseorang untuk menghadiri undangan, sebagaimana sabda Rasulullah :
إذَا دُعِىَ أَحَدُكُمْ فَلْيُجِبْ فَإِنْ كَانَ صَاِئمًا فَلْيُصَِلِّ وِإِنْ كَانَ مُفْـطِرًا فَلْيُطْعِمْ
"Bilamana salah seorang di antara kalian di undang, maka hadirilah, bilamana ia puasa maka berdo'alah dan bilamana tidak maka makanlah".
  • Nabi bertamu kepada Abdullah bin Amr,' kemudian ia mengambil karpet untuk beliau yang terbuat dari kulit di mana ujung-ujungnya lembut sekali, lalu beliau duduk di atas tanah dan karpet tersebut berada diantara Nabi dan Abdullah bin Amr'.
  • Bilamana seorang tamu datang bersama orang yang tidak diundang, maka ia harus meminta izin kepada tuan rumah sebagaimana hadits riwayat Ibnu Mas'ud radhiallahu anhu:
كَانَ مِنَ اْلأَنْصَارِ رَجـُلٌ يُقَالُ لُهُ أَبُوْ شُعَيْبُ وَكَانَ لَهُ غُلاَمٌ لِحَامٌ فَقَالَ اِصْنَعْ لِي طَعَامًا اُدْعُ رَسُوْلَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَامِسَ خَمْسَةٍ فَدَعَا رَسُوْلَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَامِسَ خَمْسَةٍ فَتَبِعَهُمْ رَجُلٌ فَقَالَ رَسُوْلَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّكَ دَعَوْتَنَا خَامِسَ خَمْسَةٍ وَهذَا رَجُلٌ قَدْ تَبِعَنَا فَإِنْ شِئْتَ اْذَنْ لَهُ وَإِنْ شِئْتَ تَرَكْتُهُ قَالَ بَلْ أَذْنْتُ لَهُ.
"Ada seorang laki-laki di kalangan Ansor yang biasa di panggil Abu Syuaib, Ia mempunyai seorang anak tukang daging kemudian ia berkata kepadanya: Buatkan aku makanan di mana aku bisa mengundang lima orang bersama Rasulullah . Kemudian Rasulullah mengundang empat orang di mana orang yang kelimanya adalah beliau, kemudian ada seseorang yang mengikutinya, maka Rasulullah berkata: Engkau mengundang kami lima orang dan orang ini mengikuti kami, bilamana engkau ridho izinkanlah ia, dan bilamana tidak maka aku akan meninggalkannya, Kemudian Abu Suaib berkata: Aku telah mengizinkannya".
  • Pelayan orang besar (terpandang) hendaknya mengikuti undangan tersebut sesuai dengan perkataan Anas . Seseorang mengundang Nabi kemudian aku berangkat bersamanya, orang itu menghidangkan kuah yang didalamnya ada dhuba (Semacam mentimun besar), Rasulullah menyukai dan memakan kuah tersebut, tatkala aku melihat hal itu, aku tidak mengambil makanan tersebut dan tidak pula memakannya, Anas berkata: Aku senantiasa senang dengan makanan dhuba.
  • Tidak selayaknya berlebih-lebihan dalam menjamu tamu, sehingga keluar dari kewajaran dan standar berlebih-lebihan itu dilihat dari kebiasaan. Rasulullah bersabda:"Janganlah memaksakan diri berlebih-lebihan menjamu tamu".
  • Masuk dengan seizin tuan rumah, begitu juga berpaling setelah beres memakan hidangan, kecuali tuan rumah menghendaki tinggal bersama mereka, hal ini sebagaimana di jelaskan Allah dalam firman-Nya:
يَاأََيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا لاَ تَدْخُـلُوْا بُيُـوْتَ النَّبِي ِّإِلاَّ أَنْ يُؤْذَنَ لَكُمْ إِلَى طَـعَامٍ غَيْرَ نَاظِـرِيْنَ إِنهُ وَلِكنْ إِذَا دُعِيْتُمْ فَادْخُلُوْا فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَانْتَشِـرُوْا وَلاَ مُسْتَئْنِسِيْنَ لِحَدِيْثٍ إَنَّ ذلِكُمْ كَانَ يُؤْذِى النَّبِيَّ فَيَسْتَحِي مِنْكُمْ وَاللهُ لاَ يَسْتَحِي مِنَ اْلحَقِّ
"Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali bila kamu diizikan untuk makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak maknannya, tetapi jika kamu diundang maka masuklah dan bila kamu selesai makan maka keluarlah kamu tanpa asyik memperpanjang percakapan. Sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu Nabi. Lalu Nabi malu kepadamu untuk menyuruh kamu keluar. Dan Allah tidak malu menerangkan yang benar"12
Oleh karena itu berusahalah untuk tidak memberatkan tuan rumah.
  • Mendahulukan yang lebih tua dari yang muda serta mendahulukan yang lebih kanan dari yang kiri, sebagaimana Rasulullah tatkala beliau memberikan minuman pada suatu kaum beliau berkata: اِبْدَؤُوْا بِاْلَكبِيْرِ "Mulailah dari yang tua"
Beliau juga berkata :
مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيْرَنَا وَيُجِلَّ كَبِيْرَنَا فَلَيْسَ مِنَّا
"Barang siapa yang tidak mengasihi yang lebih kecil dari kami serta tidak menghormati yang lebih tua dari kami bukanlah golongan kami".
Hadits ini merupakan penghormatan kepada orang tua.
Al-Albani rahimahullah berkomentar setelah membawakan hadits Ibnu Umar dia berkata: Rasulullah bersabda:
أَمَرَنِي جِبْرِيْلُ أَنْ أُقَدِّمَ اْلأَكَابِرَ
"Jibril memerintahkanku untuk mendahulukan yang lebih tua". Dan hadits Rofi' bin Khudaij serta hadits Suhail bin Abi Hasmah keduanya berkata (dalam hadits al Qosamah) Berangkatlah Abdul Rahman bin Suhail sedangkan ia orang yang paling muda yang ada di kelompok tersebut. Dia mendahului berbicara sebelum kedua temannya, maka Rasulullah menegurnya: "Dahulukan orang tua, orang tua adalah orang yang lebih tua usianya". Juga hadits Aisyah radhiallahu anha, ia berkata: "Rasulullah bersiwak sedangkan disampingnya ada dua orang laki-laki maka turunlah wahyu kepadanya, supaya memberikan siwak kepada orang yang lebih tua".
Al Muhallibi berkata: Hal ini apabila kaum tersebut tidak duduk secara tertib, namun bilamana duduknya tertib maka disunahkan mendahulukan yang kanan.
Kemudian Al-Albani rahimahullah menyebutkan sebuah hadits dari Abdullah bin Abi Habibah radhiallahu anhu dia ditanya apakah engkau mendapatkan sesuatu dari Rasulullah ? Abdullah bin Abi Habibah menjawab: "Rasulullah mendatangi masjid kami (masjid Quba), kemudian aku datang, waktu itu aku masih kecil dan aku duduk di samping kanannya (Rasulullah) dan Abu Bakr duduk di sebelah kirinya. Beliau meminta minuman lalu minum dari air tersebut, kemudian beliau memberikan minuman tersebut kepada-ku, di mana aku berada di samping kanannya, kemudian aku meminumnya lalu berdiri melaksanakan sholat dan beliau sholat dengan memakai kedua sendalnya". Al-Albani rahimahullah berkata: "Hadits ini merupakan dalil bahwasannya yang memberi minum itu dimulai dari sebelah kanan dan bukan orang yang paling tua dari kaum tersebut atau orang yang paling alim atau paling mulia".
Diriwayatkan dalam sebuah hadits bahwasannya Rasulullah tatkala minum, di samping kanannya terdapat orang badui dan di samping kirinya Abu Bakr, dan Umar berada di hadapannya. Umar berkata: Wahai Rasulallah! Berikan kepada Abu Bakr dan Ia takut kalau Rasulullah memberikan minuman tersebut kepada orang baduy tersebut, akan tetapi Rasulullah enggan memberikannya kepada Abu Bakr kemudian beliau memberikannya kepada orang baduy sambil berkata:
اَْلأَيْمَنُوْن َاَْلأَيْمَنُوْنَ, اَْلأَيْمَنُوَْن
"Dahulukan yang sebelah kanan, dahulukan yang sebelah kanan, dahulukan sebelah kanan".
  • Seorang tamu hendaknya mendo'akan orang yang memberi hidangan kepadanya setelah selesai mencicipi makanan tersebut dengan do'a:

أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُوْنَ, وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ اْلأَبْرَارَ,وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ اْلمَلاَئِكَةُ

"Telah berbuka di samping kalian orang-orang yang puasa dan memakan makanan kalian yang paling bagus semoga malaikat mendo'akan kalian semuanya"

اَللّهُـمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِي, وَاْسقِ مَنْ سَقَانِي

:"Ya Allah berilah makanan kepada orang telah yang memberikan makanan kepadaku dan berilah minum kepada orang yang telah memberikan kepadaku minuman".

اَللّهُـمَّ اغْـفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَبَارِكْ لَهُمْ فِيْمَا رَزَقْتَهُمْ

:"Ya Allah ampuni dosa mereka dan kasihanilah mereka serta berkahilah rizki mereka".
  • Disunahkan tidak mengarahkankan pandangan kepada teman duduknya dan mengutamakan orang yang lebih butuh dari pada dirinya, bilamana di belakangnya ada orang yang berdiri, perintahkan dia supaya duduk dan bilamana menolak maka biarkanlah. Ataupun orang yang berdiri itu seorang hamba sahaya dan pelayannya, karena ingin sesuatu maka berilah dia minum dan ambilkan dari makanan yang terbaik kemudian menyuapkannya, bilamana dia makan bersama orang buta beri tahukan tentang makanan yang ada dihadapannya.
  • Tidak mengapa saling memberi makanan satu sama lainnya, akan tidak boleh berpindah-pindah dalam menyantap satu hidangan ke hidangan yang lain. Bagi orang yang menyediakan makanan atau salah seorang keluarganya diperbolehkan menyediakan makanan yang khusus bagi tamu tertentu yaitu makanan yang baik bagi sebagian tamu selama hal tersebut tidak menyakiti yang lainnya, sebab hal itu diperbolehkan bagi orang-orang khusus atau di sunahkan memberikan (ke-khususan) kepadanya.
  • Menghidangkan apa yang ada tanpa berlebih-lebihan dan tidak meminta izin mereka ketika mau menghidangkan makanan tersebut.
  • Dari adab orang yang memberikan hidangan ialah melayani para tamunya dan menampakkan kepada mereka kebahagiaan serta menghadapi mereka dengan wajah yang ceria dan berseri-seri.
  • Di antara adab orang yang memberikan hidangan ialah mengajak mereka berbincang-bincang dengan pembicaraan yang menyenangkan, tidak tidur sebelum mereka tidur, tidak mengeluhkan dengan kehadiran mereka, bermuka manis ketika mereka datang, merasa kehilangan tatkala pamitan pulang, tidak berbicara dengan suatu masalah yang dapat mengagetkan mereka, tidak marah pada seseorang di hadapan mereka bahkan berusaha memberikan kegembiraan pada hati-hati mereka semaksimal mungkin dan menanyakan ketidakhadiran anak-anak mereka secukupnya.
  • Tidak menunggu kehadiran sahabat karibnya bilamana jamuan telah dihidangkan.
  • Mengundang mereka untuk menyantap makanan dengan bahasa yang paling indah. Allah telah berfirman yang mengisahkan tamunya Nabi Ibrahim Alaihissalam:

فَرَاغَ إِلىَ أَهْلِهِ فَجَاءَ بِعِجْلٍ سَمِيْنٍ . فَقَرَّبَهُ إِلَيْهِمْ قَالَ آلاَ تَأْكُلُوْنَ

"Dan Ibrahim datang pada keluarganya dengan membawa daging sapi (26) kemudian ia mendekatkan makanan tersebut pada mereka sambil berkata: Tidakkah kalian makan".
  • Mendekatkan makanan kepada tamu tatkala menghidangkan makanan tersebut sebagaimana Allah ceritakan tentang Ibrahim Alaihissalam: فَقَرَّبَهُ إِلَيْهِم ْ"Kemudian Ibrahim mendekatkan hidangan tersebut pada mereka".
  • Tamu meminta persetujuan pelayan untuk menyantap makanan dan tidak menanyakan kepada tuan rumah tentang keadaan rumah kecuali kiblat dan WC. Tamu juga tidak melihat-lihat ke arah tempat keluarnya perempuan, tidak menolak tempat duduk yang telah disediakan untuk menghormatinya, dan tidak menahan diri untuk mencuci ke dua tangan. Bilamana dia melihat tuan rumah bertindak dengan sautu tindakan maka dia tidak menghalanginya untuk melakukan hal seperti itu.
  • Diperbolehkan memakan makanan yang ada di rumah kerabat dan teman karib bilamana makanan itu berada pada tempat yang tidak terjaga, apabila dia mengetahui atau menduga kerelaan orang yang memiliki memakan tersebut menurut adat kebiasaan yang ada.
  • Tidak banyak melihat pada arah datangnya makanan.
  • Mempercepat untuk menghidangkan makanan bagi tamu sebab hal tersebut merupakan penghormatan bagi mereka.
  • Imam Ibnu Jauzi rahimahullah berkata: Dan janganlah dia memberatkan temannya untuk mengatakan kepada tamu “makanlah” bahkan berusaha untuk selalu bermuka manis dan tidak bermuka masam. Tidak membuat hal yang menjijikan orang lain, tidak mengibaskan tangannya di atas piringnya, juga tidak mendekatkan wajahnya ke piring makanan tatkala dia menyuap makanan ke dalam mulutnya, bilamana ia mengeluarkan sesuatu dari mulutnya untuk dibuang maka hendaklah dia memalingkan wajahnya dari makanan dan memegang wajahnya dengan tangan kirinya, tidak memasukan sisa suapan ke dalam kuah, dan tidak memasukan makanan yang berlemak ke dalam cuka, serta tidak mencelupkan cuka ke dalam makanan yang berlemak sebab hal tersebut membuat tamu yang lain tidak senang.
  • Termasuk adab (bertamu), tidak banyak melirik-lirik kepada wajah orang-orang yang sedang makan.
  • Seyogyanya tuan rumah tidak mengangkat tangan dari hidangan sampai mereka selesai menyantap hidangan kecuali dia mengetahui kerelaan mereka dengan hal tersebut.
  • Makan diatas sufroh (seperai makan) lebih diutamakan daripada makan diatas meja makan. Imam Bukhari telah meriwayatkan dari Anas r.a beliau berkata: "Bahwasannya Rasulullah tidak makan di atas meja makan juga tidak makan roti yang lembut hingga akhir hayatnya".
  • Di sunnahkan mengiringi tamu hingga pintu rumah. Tatkala Abu Abdul Qosim bin Abdus Salam berkunjung kepada Imam Ahmad bin Hambal semoga Allah merahmati mereka berdua. Abu Ubaid berkata: Tatkala aku hendak berdiri diapun berdiri, aku berkata kepadanya: “Jangan engkau lakukan itu wahai Abu Abdallah, As Sya'bi berkata: “Dari kesempurnaan sikap berkunjung adalah berjalan bersamanya ke pintu rumah hingga mengambilkan tali kendaraannya
  • Hendaknya orang yang berkunjung mendo'akan tuan rumah yang bertaqwa dan tidak fasik dengan do'a dibawah ini sesuai dengan sabda Rasulullah :
لاَ تُصَاحِبْ إِلاَّ مُؤْمِنًا,وَلاَ يَأْكُلُ طَعَامَك َإِلاَّ تَقِيٌّ
"Janganlah engkau berteman melainkan dengan orang mu'min, dan jangan memakan makanan kalian melainkan orang yang bertaqwa".
  • Tidak mengkhususkan jamuan hanya untuk orang kaya saja dan menghiraukan orang miskin sebagaimana Abu hurairah berkata : "Sejelek-jeleknya makanan adalah makanan orang hajatan, di mana yang di undang hanya orang-orang kaya sedangkan orang-orang miskin di biarkan saja, barang siapa yang tidak menghadiri undangan maka ia telah berbuat dosa kepada Allah dan Rasul-Nya"
  • Seorang tamu hendaknya pulang dengan memperlihatkan budi pekerti yang mulia dan meminta maaf pada tuan rumah atas segala kekurangannya.
  • Dari Abu Abdur Rahman bin Abu Bakr As Siddiq semoga Allah merido'i mereka berdua beliau berkata: Datang kepada kami sekelompok tamu, sementara ayahku ingin menghadap Rasulullah dari sejak malam. Abu Abdurrahman bercerita: Maka ayahku pergi (menuju Rasulullah ), kemudian berpesan: Wahai Abdur Rahman selesaikanlah urusan tamumu. Abdur Rahman bercerita: Tatkala malam tiba aku menjamu mereka. Abdul Rahman berkata: “Mereka menolak sambil berkata: (Kami tidak menyantap hidangan ini) sampai datang tuan rumah kami dan makan bersama kami". Abdul Rahman berkata: Aku berkata pada mereka: Dia (Abu Bakr) adalah orang yang keras, bilamana kalian tidak makan aku takut terkena amarahnya. Abdul Rahman berkata: "Mereka tetap menolak", Maka tatkala dia datang, dia tidak memulai menyantap makanan mendahului mereka. Abu Bakr bertanya: “Apakah kalian telah selesai menyantap hidangan kalian?”, Mereka menjawab: “Demi Allah belum”, Abu Bakr berkata: “Tidakkah aku perintahkan Abdur Rahman?” Abdul Rahman berkata: “Kemudian aku berpaling darinya” lalu dia berkata: “Hai Abdul Rahman!” Aku tetap berpaling darinya. Maka ia berkata: “Hai bodoh aku bersumpah padamu bilamana engkau mendengar suaraku kemarilah!”. Abdul Rahman berkata: “Kemudian aku menghadap kepadanya, dan berkata: Demi Allah, aku tidak berdosa, mereka itu tamu-tamumu, tanyakan kepada mereka!, aku telah membawakan kepada mereka hidangan dan mereka menolak untuk menyantapnya hingga engkau datang”. Abdul Rahman berkata: “Abu Bakr bertanya: "Mengapa kalian menolak hidangan dari kami?" Abdul Rahman berkata: Berkata Abu Bakr: Aku tidak akan memberi makan padanya malam ini. Mereka menjawab: "Demi Allah kami tidak akan makan hingga engkau memberikan makanan kepadanya". Abdul Rahman berkata: "Aku tidak pernah mengalami keburukan seperti apa yang menimpaku pada malam ini, celaka kalian mengapa kalian menolak hidangan bagi kalian", kemudian Abu Bakr berkata: "Adapun yang pertama adalah dari setan, makanlah hidangan kalian. Kemudian mereka membaca basmalah dan memulai menyantap makanan. Abdur Rahman berkata: Tatkala hari sudah siang dia pergi kepada Rasulullah , kemudian berkata: Wahai Rasulullah mereka berbuat baik sedangkan aku menyia-nyiakannya, maka dia menceritakan peristiwanya, kemudian Rasulullah mengabarkannya dan bersabda: (Engkau orang yang paling baik dan terpilih diantara mereka) Abu Bakr berkata: Engkau tidak mengabarkan padaku untuk menebus dosanya".

Kesimpulan hadits ini adalah
  • Tidak menghiraukan tamu karena sibuk dengan suatu pekerjaan dan kemaslahatan, hal itu boleh dilakukan apabila ada orang yang bisa melayaninya.
  • Bagi tamu tidak dianjurkan menahan dirinya untuk memenuhi keinginan tuan rumah dalam masalah yang berhubungan dengan hidangan, dan tidak pula menghalanginya untuk menyediakan hidangan tersebut baginya. Namun, bilamana ia mengetahui bahwa tuan rumah memaksakan diri menyediakan hidangan tersebut dengan susah payah karena malu darinya, maka hendaklah dia menolaknya dengan lembut, sebab bisa jadi tuan rumah bermaksud lain di mana dia merasa berat baginya menampakkan maksud tersebut dan merasa berat pula menolak kehendak tamunya.
  • Bercakap-cakap dengan tamu dan keluarga, sebagaimana Imam Bukhari menulis sebuah bab dalam kitabnya (Bab Fi Qaulid Dhaif Li Shahibihi Laa Akulu Hatta Ta'kulu/ Bab perkataan tamu pada temannya saya tidak akan makan hingga engkau makan) sebab para tamu menolak hidangan itu karena ada kemaslahatan yaitu mungkin Abu Bakr tidak mendapatkan makan malam.
  • Bersembunyi karena khawatir akan sesuatu yang menyakitkan, perbuatan tersebut boleh dilakukan oleh seorang anak terhadap ayahnya.
  • Hendaknya seseorang berusaha semaksimal mungkin agar tidak memberatkan tuan rumah, sebagaimana firman Allah Swt:
فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَانْتَشِرُوْا"Bila kamu selesai makan maka keluarlah".7
  • Abu Bakr bin Abi Dunya meriwayatkan, beliau berkata: Berkata Abu Abdul Qosim bin Salam: Suatu ketika aku berkunjung kepada Ahmad bin Hanbal, saat aku memasuki rumahnya ia berdiri dan memelukku, kemudian mendudukkanku di tempat duduknya, aku berkata: "Wahai Abu Abdallah! bukankah di katakan bahwasanya tuan rumah lebih berhak untuk duduk di depan rumahnya atau di tempat duduknya". Beliau berkata: "Benar, dia boleh duduk dan mendudukkan siapa saja yang diinginkannya". Aku berkata dalam hatiku: "Wahai Abu Ubaid! Ambillah hal ini sebagai pelajaran untukmu", kemudian aku berkata: "Wahai Abu Abdallah!, seandainya aku mendatangimu sebatas keberhakanmu, maka aku akan mendatangimu setiap hari", ia berkata: "Janganlah berkata seperti itu, sesungguhnya aku mempunyai beberapa saudara yang tidak pernah aku temui di selama satu tahun melainkan setahun sekali saja, dan aku percaya akan kecintaan mereka dari pada orang yang temui setiap hari", Aku berkata dalam hati: "Ini sebuah pelajaran yang lain wahai Abu Ubaid", Lalu tatkala aku hendak berdiri ia berdiri bersamaku. Aku berkata: "Wahai Abu Abdallah! janganlah engkau lakukan hal itu", Kemudian ia berkata: Berkata As Sya'bi: Dari kesempurnaan pelayanan bagi orang yang sedang berkunjung adalah berjalan bersamanya sampai pintu rumah dan mengambil (tali) kendaraannya", Aku berkata: "Wahai Abu Abdallah! dari siapa As Sya'bi meriwayatkan adab seperti ini? beliau berkata: Ibnu Abi Za'idah dari Mujalid dari As Sya'bi. Aku berkata dalam hatiku: Wahai Abu Ubaid ini adalah pelajaran yang ketiga bagimu.